Monday, December 12, 2011

ROTI PUTIH PENYEBAB TAMBAH KANSER PAYUDARA?

Ahah... yeke hurmm

assalam :)

nampaknya orang-orang perempuan kenalah berfikir dua kali kalau nak makan roti benggali tuh (bahasa yang aku panggil utk roti putih).. Begini ceritanya

Dari California, Amerika Syarikat, dalam sebuah penyelidikan oleh para ilmuwan dari Universiti California, San Diego, didapati penemuan yang memakan roti putih dan kentang dapat meningkatkan risiko kanser payudara.

Dalam sebuah kajian, orang yang mengikuti diet kaya pati (amilum) lebih berisiko terkena barah dibandingkan dengan mereka yang jarang mengambil pati. Para penyelidik belum dapat menjelaskan kecenderungan tersebut.  Namun mereka membuat anggapan / kesimpulan bahawa peningkatan kandungan insulin yang dicetuskan "karbohidrat buatan" seperti pati itu akan merangsang pertumbuhan sel kanser.

Karbohirat adalah bahan bakar yang diperlukan untuk menggerakkan otot dan sumber tenaga utama. Karbohidrat buatan seperti roti mengandungi pati lebih banyak daripada bijirin (seperti beras).